Ini bukan kali pertama berblog. Tapi terasa mahu memulakan semua semula.
"Kalau kita jatuh, kita bangun semula."
Macam tu lah. Bangun semula dan menulis. Selama ni aku menulis. Tapi tak publish. Banyak sangat da aku tulis. *semua boleh gune ke? Nanti aku cube upload semua yang mungkin boleh dipakai kat sini. Takde apa yang menarik. Cume berkongsi apa yang aku nampak, rasa dan pikirkan tentang sesuatu perkara khusus yang terjadi di keliling aku. Tentang kawan-kawan, tentang kehidupan, tentang apa juga yang aku belajar.
Aku kat sini bukan untuk mengutuk, mengata, mengumpat atau men'judge' sesiapa. I see people like I see them. Paham ke? Aku pon tak paham sangat apa aku cakap tu. Macam ni. Aku memang diajar, di'train' untuk menjadi critical. *Adik beradik banyak memang la macam ni. Jadi, dalam setiap keadaan aku cube fikirkan apa yang patot. Kadang-kadang apa yang aku keluarkan kat mulut dan ekspresi muka tu tak seperti apa yang aku fikirkan. Tapi selalunya aku memang tak pandai menyembunyikan apa yang aku rasa. Itu kata orang. Tapi ada je orang yang salah tafsir apa aku rasa. Tak apa.
Semua orang ada pandangan masing-masing. Terpulang mereka. Selalu aku akan kata. Kalau aku nak dengar sangat cakap mereka, tak boleh hidup lah. Kalau aku jatuh, ada mereka nak sambut? Kalau aku sedih, ada mereka nak comfort? Kalau aku lapar, ada mereka nak feed? TAKDE. Jadi, aku buat tak kisah je lah kan.
Semua orang pon patot buat macam tu kot.
Dikala kebosanan melanda hati dan diri, aku cuba mencuba sesuatu yang baru. Aku buat apa?
"Buat tak tau."
Nak buat apa lagi pon. Takde apa lagi yang lebih best aku rasa. Kalau ada orang lain yang boleh nak buat macam aku, aku nak share dengan mereka. Mana tau esok lusa bila bosan kita boleh buat tak tau sama-sama.
Cukup dulu untuk post pertama. Aku pon tak banyak sangat benda nak cakap. Nanti ada yang menarik melintas kotak fikiran aku, aku tulis lagi. Atau aku keluarkan lah benda berhabuk kat dalam laptop aku ni. Buat sekarang, ini dulu.
CIAO!!
No comments:
Post a Comment